Sabtu, 20 Disember 2014

BANTUAN SUMBANGAN SEGERA

 Pada pagi 21/12/14, Pihak MGKS telah menerima satu mesej melalui FB, Dan Memohon Bantuan.

Nama pemohon: Mohd Amir B. Abu Tahir.

Rayuan pemohon dalam mesej:

Assalamualaikum.. kepada pihak PMKS, Saya seperti nama diatas ingin memohon bantuan dari PMKS, Saya mengalami Sakit Lutut yang membetaskan pergerakan saya dan saya juga menghadapi Kencing Manis yang agak kronik, Saya tiada kerja yang tetap dan keluarga saya dalam kelaparan, Hanya mampu minum air sahaja untuk mengalas perut, Saya rasa malu nak mohon bantuan dari pihak MGKS, Namun apakah daya saya ada anak 4 orang yang masih sekolah dan isteri tak bekerja.

Sekali lagi saya merayu dari pihak PMKS agar dapat membantu keluarga kami dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi pihak tuan.

TANDAKAN: Wakil Pihak PMKS segera ke Semenyih untuk melawat rumah berkenaan dan Pihak PMKS memberi sumbangan Barang asas keperluan harian dan bantuan kewangan.














Jumaat, 19 Disember 2014

PROGRAM KEBAJIKAN

 Alhamdulillah kami bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kami Pertubuhan Majlis Kekanda Selangor (PMKS) dengan kerjasama Kroni Blood Brothers membuat collection dari ahli-ahli dan membeli barang keperluan harian untuk disumbangkan kepada Mangsa-mangsa Kebakaran.

12 buah rumah telah hangus dalam satu kebakaran di Jalan Kebun, Klang. Pihak Kami Majlis Kekanda Selangor (PMKS) dengan kerjasama Kroni Blood Brothers telah mengambil langkah untuk membantu keluarga-keluarga mangsa kebakaran tersebut.

Dengan ini kami bantu sekadar yang mempu sahaja, Inshaa Allah Kami berazam akan sentiasa membantu kepada yang memerlukan.















Rabu, 17 Disember 2014

MESYUARAT AMT KE-3

Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PMKS (Bil.03)
Tarikh  : 17 Dis 2014
Masa    : 9:30 mlm
Tempat: Di Kedai Kanda Busu, Subang Perdana









 

MESYURAT KHAS PMKS 2023

Mesyuarat Khas PMKS (Bil.01/2023) Tarikh  : 3 Feb 2023 Masa    : 9:30 mlm Tempat: Di Kedai Ayah Wira, Bandar Baru Selayang Alhamdulillah, Me...